Bahagian pentadbiran di Taiwan

Pentadbiran Taiwan (Republik China) terdiri daripada termasuk Pulau Taiwan dan pulau-pulau sekitar, serta Kepulauan Penghu. Bermula dari zaman penjajahan Belanda dan Sepanyol, ketika Sepanyol pernah mendirikan tiga wilayah di utara Taiwan. Seiring dengan undang-undang dan peraturan yang berkenaan dengan Republik China, kini, pentadbiran Taiwan terbahagi kepada satu wilayah (iaitu Wilayah Taiwan) dan enam bandar raya tadbiran langsung (Taipei, Taipei Baru, Taoyuan, Taichung, Tainan, Kaohsiung). Wilayah Taiwan pula terbahagi lagi kepada 11 jajahan dan tiga bandar raya.[1]

Selain daripada pulau Taiwan, Kepulauan Matsu, Kinmen dan Wuqiu yang berhampiran dengan Tanah Besar China, juga terletak di bawah bidang kuasa pemerintahan Republik China. Pulau-pulau tersebut tidak terletak di bawah "Wilayah Taiwan", tetapi sebaliknya di bawah Wilayah Fujian. Republik China yang mentadbir Taiwan dan pulau-pulau tersebut sebenarnya juga secara teknikal menuntut Tanah Besar China (di bawah pentadbiran Republik Rakyat China) sebagai wilayahnya, dan hal ini disahkan oleh Konsensus 1992 yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak, di mana hanya wujud satu negara China di dunia, dan setiap pihak boleh mentafsir erti "satu negara China" ini mengikut definisi sendiri.[2] Negara Republik China ditubuhkan di Tanah Besar China pada tahun 1912, tetapi dilarikan ke Taiwan setelah Kuomintang kalah kepada Parti Komunis China yang menubuhkan Republik Rakyat China dalam Perang Saudara pada tahun 1949.

  1. ^ "地方行政區域簡介" (dalam bahasa Cina). 內政部民政司. Dicapai pada 2018-07-03.
  2. ^ "1992 Consensus" (dalam bahasa Chinese). Xinhua News Agency. 2006-04-05. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 July 2008. Dicapai pada 2008-07-05.CS1 maint: unrecognized language (link)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search